Friday, November 04, 2011

Nor Shaheffendy

teramat rindu pada empunya nama...andainya aku diberi kuasa memutar masa semula,
aku pasti akan membina bahagia di sekelilingnya,tidak akan pernah sekali aku tergamak melukai hatinya,
akan ku jaga ia sepenuh hatiku dan aku tidak akan sia2kan hidupnya...
apa yang berlaku di penghujung hubungan cinta ini,memberi aku seribu penyesalan...
sungguh!! aku tak mungkin mampu mencari pengganti seperti dia...kosongnya hati dan jiwa ini...
terkilan dan kecewa bercampur rasa...tersepit di antara kedua...antara dia dan bonda...dan akhirnya akulah yang menjadi galang gantinya...rela dalam terpaksa tanpa ikhlasnya hati ini melepaskan dia...nyata aku dan dia turut sama teluka...terbayang semula dalam kotak ingatan,seperti pita rakaman yang tak pernah mahu berhenti memutarkan memori itu...dapat aku rasakan betapa hancurnya hati dia kerana terpaksa akur dengan perpisahan itu...dan tahukah diary,kekecewaan itu bukan sahaja terlihat dari raut wajahnya malah terkesan juga pada batang tubuhnya...abang,diri yang hina ini memohon kemaafaan darimu kerana melukai hati itu...kehadiran abang membawa kasih sayang dan bahagia dalam hati ini....tapi,pemergian abang dari hati ini membawa bersama sejuta kesengsaraan dan kekecewaan....maafkan diri ini dengan sejuta kemaafan sayang....andai saja engkau tahu...bagai tertutup pintu hati ini menerima insan bernama lelaki...dan tahukah engkau,bila saja bonda menyebut tentang jodoh dan keindahan berumah tangga,hati ini bagai mahu pecah...serasa mahu menjerit menyalahkan bonda...tapi,aku terpaksa redha...walaupun hati ini seperti sembuh dari lukanya,tapi,bisanya masih tersisa bagaikan tidak mahu berganjak dari parutnya...semoga bahagia yang engkau kecapi kini akan kekal selamanya...




No comments:

Post a Comment